twitter
rss

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kami Pegawai Fasilinus PPD Tanah Merah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelaras Linus dan Guru-Guru Linus di bawah seliaan PPD Tanah Merah di atas komitmen dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) sehingga kini.  Kami faham dan akur bahawa tanggungjawab dan beban kerja tuan/puan amat padat sepanjang tahun 2012 ini.  Namun berkat usaha dan kesungguhan tuan/puan dalam melaksanakan Program Linus, kejayaan adalah menjadi milik kita dalam saringan 1, 4 dan Saringan Khas Kohort 1 dan 2.  Terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan