twitter
rss

Salam.

Perhatian kepada semua Penyelaras Linus dan Guru Linus di sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD Tanah Merah.  Saringan 8 Kohort 1 dan Saringan 2 Kohort 3 akan diadakan sebagaimana jadual kerja di bawah.  Untuk makluman pihak tuan/puan, murid Kohort 2 (Tahun 2) tidak akan menduduki Saringan 5 kerana telah diganti dengan Saringan Khas yang lepas.  Rujuk Jadual Tindakan di bawah untuk pelaksanaan saringan tersebut.

Tempoh Ujian Lisan:
17 Jun 2012 hingga 13 Julai 2012

Tempoh Ujian Bertulis:
15 Julai 2012 hingga 20 Julai 2012

Tempoh Pengisian Data:
23 Julai 2012 hingga 03 Ogos 2012

Tempoh Verifikasi Data:
01 Ogos hingga 03 Ogos 2012

Jika ada sebarang pertanyaan atau permasalahan dalam melaksanakan saringan tersebut, sila hubungi Pegawai Fasilinus PPD Tanah Merah untuk khidmat bantu.  Selamat menjalankan saringan, semoga saringan 2 dan 8 dapat mencapai sasaran headcount yang telah kita tetapkan sebagaimana Mesyuarat Audit Linus pada 13 Jun 2012.  Terima kasih.  Saidi Shafie, Pegawai Fasilinus PPD Tanah Merah.

0 comments:

Catat Ulasan