twitter
rss

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Perhatian kepada Penyelaras Linus dan Semua Guru-Guru Linus yang mengajar murid Kohort 1 dan Kohort 3.  Pelaksanaan Saringan 2 dan 8 secara Lisan telah bermula.  Saringan 5 Kohort 2 dibatalkan atau ditiadakan dan diganti dengan Saringan Khas yang telah dijalankan pada bulan Mei 2012 yang lepas.  Sukacita saya ingin menarik perhatian dan tindakan tuan/puan supaya dapat melaksanakan saringan di dalam tempoh masa yang diberikan dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.


Sehubungan itu juga, besar harapan saya supaya rakan-rakan semua dapat melaksanakan saringan berpandukan headcount yang telah ditetapkan sebagaimana Mesyuarat Audit Linus pada 13 Jun 2012 yang lepas.  Langkah pertama ialah kenalpasti jumlah peningkatan yang perlu dicapai untuk mencapai sasaran headcount.  Langkah kedua ialah mengenalpasti murid Linus yang boleh diperdanakan berdasarkan jumlah peningkatan tersebut.  Jika tuan/puan dapat melaksanakan saringan samada secara lisan dan bertulis berpandukan headcount yang telah ditetapkan, nescaya sekolah tuan/puan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai headcount tersebut boleh diajukan terus kepada En. Saidi bin Shafie, Pegawai Khas Kurikulum (FasiLINUS) di talian 019-9549376 atau emel ke alamat saidi303@yahoo.com.my.


Terima kasih, Selaman Menjalankan Saringan

0 comments:

Catat Ulasan