twitter
rss

Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru-guru Linus PPDTM. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Kesuntukan masa saya menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk memberikan info-info terbaru kepada guru-guru Linus. Saya cuba bercerita semula apa yang telah berlaku sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.
Saringan 2 dan saringan 5 telah berjalan dengan baik, data-data linus telah dikemaskini sebelum 12 ogos yang lalu. Pada 18 Ogos yang lalu juga telah diadakan Mesyuarat Audit Linus peringkat PPDTM. Dalam mesyuarat tersebut telah dibentangkan pencapaian Linus dan juga target bagi saringan 3 dan 6. Bagi pencapaian untuk saringan 2 dan 5 akan saya kemaskinikan selepas ini.
Ermm.. apa lagi ya yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan???? Perancangan yang sedang berlangsung sekarang ialah perancangan untuk membuat KEM LINUS bagi linus tegar tahun 2. Pada hari ini juga 5 September 2011, akan diadakan Mesyuarat Kem Linus 2011. Mesyuarat ini hanya melibatkan 16 buah sekolah sahaja yang mempunyai murid linus tegar tahun 2 sahaja.
Saya rasa itu dahulu untuk kali ini.. Kita jumpa lagi.. Assalamualaikum wbt..

0 comments:

Catat Ulasan