twitter
rss

Salam....

Kepada guru-guru Linus di PPD Tanah Merah, tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda kerana telah berjaya melakukan pengisian Data Saringan 2 dan 5 dalam tempoh yang telah ditetapkan.  Hasilnya, PPD Tanah Merah telah berjaya meningkatkan peratus murid Perdana ke tahap yang membanggakan bagi kedua-dua Kohort.  Ini menunjukkan Guru-Guru Linus di PPD Tanah Merah mempunyai integriti dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas.  Bagi meneruskan kesinambungannya, FasiLINUS PPD Tanah Merah akan mengadakan Mesyuarat Audit Linus Saringan 2 dan 5 Tahun 2011 sebagaimana maklumat di bawah.

Tarikh   :   18 Ogos 2011 (Khamis)
Masa      :   9.00 pagi
Tempat :   Dewan Seminar, PPD Tanah Merah

Sehubungan itu, Penolong Kanan Pentadbiran dan seorang Penyelaras Linus diminta hadir bagi membincangkan agenda berkaitan Program Linus.

Terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan