twitter
rss

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada semua rakan-rakan Penyelaras Linus dan Guru-Guru Linus

Berdasarkan surat arahan yang diterima, pelaksanaan Saringan 3, 6 dan 9 bagi semua kohort akan dijalankan kepada murid Tahun 1, 2 dan 3 berpandukan kepada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebagaimana di bawah:

Saringan Lisan   :   23 September hingga 12 Oktober 2012
Saringan Bertulis   :   14 Oktober hingga 19 Oktober 2012
Pengisian Data   :   22 Oktober hingga 2 November 2012
Verifikasi Data   :   1 November hingga 2 November 2012

Sasaran Pencapaian yang perlu dicapai:
Kohort 1  :   Perdana 100%
Kohort 2  :   Perdana 97% dan Linus Tegar 0%
Kohort 3  :   Perdana 92% dan Linus Tegar Tidak Lebih 2.41% (Lit) 0.82% (Num)

Sila rujuk kepada headcount yang telah diedarkan melalui guru besar masing-masing pada 4 September 2012 sebagai panduan kepada tuan/puan dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan.  Sila pastikan juga pelaksanaan saringan dijalankan kepada semua murid Linus dan Linus Tegar bagi Kohort 1 dan Kohort 2 dan kepada semua murid bagi Kohort 3 (termasuk murid Perdana).

Sekian untuk makluman.  Terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan