twitter
rss

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada semua rakan-rakan Penyelaras Linus dan Guru-Guru Linus

Berdasarkan surat arahan yang diterima, pelaksanaan Saringan 3, 6 dan 9 bagi semua kohort akan dijalankan kepada murid Tahun 1, 2 dan 3 berpandukan kepada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebagaimana di bawah:

Saringan Lisan   :   23 September hingga 12 Oktober 2012
Saringan Bertulis   :   14 Oktober hingga 19 Oktober 2012
Pengisian Data   :   22 Oktober hingga 2 November 2012
Verifikasi Data   :   1 November hingga 2 November 2012

Sasaran Pencapaian yang perlu dicapai:
Kohort 1  :   Perdana 100%
Kohort 2  :   Perdana 97% dan Linus Tegar 0%
Kohort 3  :   Perdana 92% dan Linus Tegar Tidak Lebih 2.41% (Lit) 0.82% (Num)

Sila rujuk kepada headcount yang telah diedarkan melalui guru besar masing-masing pada 4 September 2012 sebagai panduan kepada tuan/puan dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan.  Sila pastikan juga pelaksanaan saringan dijalankan kepada semua murid Linus dan Linus Tegar bagi Kohort 1 dan Kohort 2 dan kepada semua murid bagi Kohort 3 (termasuk murid Perdana).

Sekian untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kepada Semua Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Audit Linus Bil. 2 Tahun 2012 akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh   :   4 September 2012
Waktu  :   2.30 petang
Tempat :   Dewan Seminar, PPD Tanah Merah

Sehubungan itu, sukacita dijemput semua Guru Besar-Guru Besar di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.  Agenda mesyuarat adalah merujuk kepada surat penggilan yang telah dikeluarkan bertarikh 30 Ogos 2012. Sekian, terima kasih.