twitter
rss

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada semua rakan-rakan Penyelaras Linus, Taklimat Pengisian Data Saringan 8 Kohort 1 dan Saringan 2 Kohort 3 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh  :   24 Julai 2012 (Selasa)
Waktu  :   2.30 petang
Tempat  :   Dewan Besar, Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke taklimat tersebut.  Sila bawa bersama komputer riba, broadband, pendrive dan data saringan semasa taklimat.  Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Saidi bin Shafie, Pegawai Khas Kurikulum (Fasilinus) Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah di talian 019-9549376.

Sekian, terima kasih dan Selamat Berpuasa.

Merujuk kepada Mesyuarat Pelaporan Pelaksanaan Task Force Program Linus, NKRA Antara Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Bersama Pegawai Pelajaran Daerah Bil 1/2012 bertarikh 26 Jun 2012 mengarahkan bahawa setiap sekolah yang tidak mencapai sasaran 100% Saringan 6 Kohort 1 mesti melaksanakan Task Force mengikut sekolah masing-masing.  Susulan daripada itu, satu taklimat/bengkel pelaksanaan Task Force akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh:
04 Julai 2012 (Rabu)

Masa:
08.30 pagi hingga 04.30 petang

Tempat:
Dewan Besar
Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah (Baru)

Sehubungan itu, Penyelaras Linus dan Seorang Guru Linus bagi menghadiri taklimat/bengkel tersebut.  Jika Penyelaras Linus kurang kemahiran ICT, sila hadir bersama seorang Guru Linus yang mahir Microsoft Word.  Sila bawah bersama perkara-perkara di bawah semasa taklimat/bengkel tersebut:

  1. Komputer riba, penyambung wayar dan broadband (jika ada).
  2. Senarai Jawatankuasa Linus Sekolah.
  3. X-Plus Linus Sekolah.
  4. Senarai Program Linus yang dirancang, dilaksana dan belum dilaksanakan tahun 2011 hingga 2012.
  5. Senarai Nama Murid Linus dan Linus Tegar Literasi dan Numerasi Kohort 1 dan 2.
  6. Dapatan data Saringan Kohort 1 dan Kohort 2.
  7. Senarai Nama Murid bermasalah pembelajaran (jika ada).
  8. Senarai Nama Murid bermasalah ketidakhadiran (jika ada).
  9. Kertas kerja program intervensi yang dirancang oleh pihak sekolah.

Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan terus kepada En. Saidi bin Shafie, Pegawai Khas Kurikulum (FasiLINUS), Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah di talian 019-9549376.
Terima kasih.